PENAJA

Untuk Kilauan Emas 4 ini, terdapat satu program baru iaitu Nota Kilauan Emas dimana aktiviti dan proses pembelajaran seharian para peserta akan dirakamkan dan ditayangkan kepada penonton pada setiap hari Isnin dan Selasa. Masih mengekalkan Sri Wirama Adnan Abu Hassan dan Siti Hajar sebagai guru vokal, namun Kilauan Emas 4 melakukan sedikit pembaharuan dengan menampilkan dua orang tenaga pengajar baru iaitu Shah Slam dan Ahmad Kassan untuk menerajui Kelas Muzik dan Kelas Persembahan. Hadiah yang ditawarkan bagi Kilauan Emas 4 lebih lumayan dimana Juara akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 dan sebuah kereta.

0 comments:

Post a Comment

 
Top